assalamualaikum dan salam sejahtera....
selamat bercuti buat semua warga pendidik SKSD dan semua pendidik seluruh malaysia......
buat anak-anak sekalian... jaga lah diri, sayangilah diri dan ingat jangan sesekali merosakkan tempat atau pun harta benda awam sama ada di sekolah, kawasan di rumah, tempat-tempat awam....
"Sayangilah harta benda awam seperti mana kita menyayangi harta kita sendiri"
Allah SWT pun tidak suka hambanya melakukan kerosakan di muka bumi ini kan kan....
Jadi selamat beramal...=)
Friday, 9 November 2012
Wednesday, 7 November 2012
ADAB TERHADAP TEMPAT DAN HARTA BENDA AWAM
PELIHARALAH HARTA BENDA INI SEPERTI KITA SAYANGI DIRI KITA"
"JANGANLAH CONTOHI PERKARA YANG MERUGIKAN KITA DAN SEMUA"
Tingkah
laku yang negatif sangat dilarang dan dibenci di dalam Islam seperti :
- Menconteng dan mengotorkan harta benda awam.
- Merosakkan harta benda awam.
- Membuang sampah di merata-merata tempat.
- Membiarkan tandas kotor.
- Membazirkan elektrik dan air.
Selain
daripada mendapat kebaikan apabila menjaga tempat dan harta benda awam terdapat
juga hikmah disebalik kebaikan yang diberi seperti :
- Selesa dan selamat untuk digunakan.
- Manafaatnya berpanjangan.
- Menjimatkan perbelanjaan.
- Melatih diri berdisiplin.
- Dipuji dan di contohi oleh masyarakat.
Oleh itu
menjaga tempat dan harta benda awam sangat dituntut oleh Islam seperti ayat
al-quran daripada surah Al-Qasas ayat 77 : 28 :
MAKSUDNYA:
“DAN
JANGANLAH ENGKAU MELAKUAKAN KEROSAKAN DIMUKA BUMI, SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK
SUKA KEPADA ORANG YANG BERBUAT KEROSAKAN”.
Tuesday, 6 November 2012
TAJUK :
ADAB TERHADAP TEMPAT DAN HARTA BENDA AWAM
Harta benda
awam merupakan sejenis pemberian yang khusus untuk penggunaan umum. Setiap
pemberian semestilah dijaga dan pastinya dalam keadaan baik sepanjang masa.
Antara
adab-adab yang mesti diamalkan seperti :
- Gunakan dengan cara yang betul.
- Sayangi seperti harta benda sendiri.
- Bersihkan semula selepas digunakan.
- Pastikan berada dalam keadaan baik dan selamat.
- Jaga keselamatan dan kebersihan.
Pengguna-pengguna
yang menggunakan harta benda awam hendaklah menjauhi diri daripada melakukan
perkara-perkara tersebut seperti :
1. Menconteng
2. Merosakkan
3. Mengotorkan
4. Membazir
Monday, 5 November 2012
ADAB TERHADAP TEMPAT DAN HARTA BENDA AWAM
JUN 2012
(SELASA)
Masa : 8.40-9.10 PAGI
Kelas : Tahun 6
Mata
Pelajaran : PENDIDIKAN ISLAM (AKHLAK)
Tajuk : ADAB TERHADAP TEMPAT DAN
HARTA BENDA AWAM
Objektif /
aras :
1. Di akhir
pelajaran murid dapat mengamal dan menjaga tempat dan harta benda awam dengan
baik dan sempurna.
2. Menjelaskan
akibat mengabaikan adab ketika menggunakan harta benda awam.
3. Membezakan
perilaku yang negatif dan positif.
4. Membaca maksud
dalil larangan melakukan kerosakan dunia.
Pengetahuan
Sedia Ada : Murid-murid sudah biasa menggunakan harta benda awam yang telah
disediakan.
Konsep : Pembelajaran berpusatkan murid
Bahan : Carta Bergambar dan kuiz
Nilai : Menjaga dan menyayangi harta
benda awam adalah ibadat
Kemahiran :
Membezakan harta benda awam dan harta persendirian.
LANGKAH
MASA
|
ISI PELAJARAN
|
AKTIVITI GURU
|
AKTIVITI MURID
|
SET INDUKSI
(5 MINIT)
|
-
Lakonan murid
Tajuk : Hargai
Barangan
|
-
Guru memanggil murid-murid untuk melakonkan
watak yang diberi.
|
-
Murid dapat melakonkan watak yang baik
menjuruskan kepada isi pelajaran
|
PERKEMBANGAN
LANGKAH 1
(10 MINIT)
|
-
Adab terhadap tempat dan harta benda awam
|
-
Guru memaparkan contoh-contoh gambar harta
benda awam dan bersoal jawab dengan murid.
|
-
Murid memberi jawapan dan member
contoh-contoh kemudahan dan keperluan.
|
PERKEMBANGAN
LANGKAH 2
( 10 MINIT)
|
-
Jenis-jenis harta benda awam yang masih elok
dan yang sudah rosak.
|
-
Guru memaparkan contoh- contoh gambar harta
benda awam yang elok dan yang rosak
-
Punca kerosakan
|
-
Murid mendengar serta bersoal jawab dengan
guru.
-
Murid memberi contoh harta benda awam menjadi
rosak
|
PENUTUP
(5 MINIT)
|
-
Kuiz dan rumusan
|
-
Guru membaca beberapa soalan kuiz
-
Guru membuat rumusan kepentingan menjaga
harta benda awam serta kepentingannya diwaktu kecemasan.
|
-
Murid menjawab soalan kuiz secara lisan.
|
Subscribe to:
Posts (Atom)